AKO Car Rental by GreenMatrix

AKO Car Rental by GreenMatrix
Need to Rent A Car/Bike/MPV? Click here. Do help me to increase followers :)

September 28, 2020

Visiting Joey

21 Sept 2020: benda kalau plan susah nak jadi. but this time, my mom terus tanya dalam family chat group. my parents memang dah lama asyik tanya pasal joey je. rindu katanya. ye lah, joey ni sejak kerja kat cafe kat cyberjaya ni memang sangat jarang dia balik. dah kerja 5pm every day. camna? 

so that day aku terus bagitau aku pun nak ikut sementara ada orang nak drive ke sana. and hari tu jugak while N3 ada urusan somewhere near my house, aku pun ikut lah dia balik ke rumah. plannya lepas ambik Zharee kitorang pergi but then again sebab sekarang maghrib kan awal, my parents prefer lepas solat maghrib. bagus jugak sebab nowadays singgah surau public pun tak ada telekung disediakan disebabkan sop covid ni.

gitu gini 8 lebih jugak kitorang sampai. ambik joey kat apartment dia and terus bawa ke tamarind square for dinner. we had dinner kat 10 grams. tak de mood nak review pasal restaurant tu hari ni. next time la ya. so all of us makan western and the portion banyak jugak. yaya macam terkesima tengok joey. agaknya sebab dia lelaki and simpan rambut panjang. ahhahaha 😂 sure confuse budak tu. 

aku tak puas sebenarnya jumpa joey sekejap2 macam tu. tak dapat nak borak sangat. setakat aku tanya pasal his classes and also his work & how he is doing. ayah aku happy jumpa joey. macam2 soalan dia tanya. both my dad and mom macam tak puas hati sebab joey lama tak balik kut. 😋

tapi aku jenis parents yang lain. aku kena accept anak2 aku dah besar panjang and have their own preference. and i keep on telling myself, bukan anak2 tak sayang but they are young adult now. and this makes me think, i understand how my parents feel and kalau boleh memang aku nak spend more time dengan diorang - while they are still around. aku faham apa yang parents aku rasa sebab macam ni lah aku rasa bila anak2 tak ada di rumah. bezanya, mama ada ayah... tapi aku, AH jarang ada kat rumah sebab bertugas. #bertabahlah

malam tu joey kena balik around 10pm sebab dia nak tumpang housemate dia balik coz kunci rumah dengan dia katanya. and hujan. so memang kejap sangat rasanya. jadi lah buat ubat rindu. 


No comments: