1 Feb 2019: today is the last day for some of us to dive. siapa yang larat dive pagi, dive lah.. mostly tak dive dah sebab nak keringkan baju and divesuit masing2. siap sedia untuk packing. aku dah siap packing awal2 lagi sebab my equipment diorang dah bersihkan and keringkan awal2 lagi. for your info masa aku mula2 balik ke boat lepas discharge dari hospital tu, aku tak hairan pun dengan my equipment. entah, aku macam tak de hati nak tengok. masih seriau and seram teringatkan apa yang dah jadi. diorang (crew boat) baik sangat. dah siap cuci and sidaikan barang2 aku.
kat boat ni malam2 kadang aktiviti diorang is memancing ikan. nampak senang je ikan tu lekat kat mata kail. aku tengok je lah diorang kail ikan. siap boleh buat competition 😜 siapa dapat ikan paling banyak dalam masa 1 minit. lepas tu ikan2 tu salut tepung, depa goreng and makan for lunch. seronok betul.
barang2 aku dah siap nak masuk bag |
aku dapat permintaan untuk lead zumba on the last day kat boat, aku tak lah buat betul2. santai2 je, naik tangga pun mengah. tapi seronok layan member2 aku ni. mana nak dapat zumba atas boat weh.. kat maldives pulak tuh. lantai licin and angin kuat. dari satu lagu - berderet sampai 3 lagu rasanya.
bila rasa susah, buat poco2 pun boleh |
malam tu kitorang ramai2 pergi Male City pulak. for last minute shopping. untuk sesiapa yang masih ada USD atau Rufiah, time ni la diorang bershopping lagi. sebenarnya barang2 souvenior agak mahal kat Maldives ni, kalau dapat yg USD1 atau USD2 tu untung sangat lah. untuk aku, dah tak de apa nak dibeli. cash pun untuk save2 bawak balik. belanja untuk medical ni pun dah cukup untuk buat aku pening. ye lah, kan pakai duit Lind, duit TK yang dah advancekan untuk aku. so lepas ni kena uruskan dengan pihak insurance pulak.
that did not stop us from making a surprise birthday celebration for TK yang ke... XX hhehehe :D bersungguh lah Lind dgn MR pergi cari cake. and jenuh jugak la aku try nak cover sebab TK dah bebel2 lambat sangat tunggu diorang kat kedai makan tu. takut kena tinggal boat yang nak balik ke boat kitorang balik.
well, i guess that wraps it. our trip in maldives.. it was truly a good experience. great friendship that i will cherish till end of my life. sampai bila persahabatan ni akan berkekalan, insyaallah semoga sampai bila2. and i hope 1 fine day aku akan dapat dive lagi dengan diorang. not so soon i know. paling2 pun lagi 2 tahun.. kalau diorang pun masih dive. aku rindu diving sebenarnya tapi aku masih takut.
No comments:
Post a Comment