AKO Car Rental by GreenMatrix

AKO Car Rental by GreenMatrix
Need to Rent A Car/Bike/MPV? Click here. Do help me to increase followers :)

January 12, 2019

love him so much

tak terfikir that one day i will be a mom. simply because i was a tomboy during my younger days. time tu memang la tak terfikir nak kawin pun.

but now i am so happy with my 2 wonderful kids. dari diorang kecik sampailah sekarang masing2 dah kat universiti and tak menyusahkan aku as a mom. hmmm macam tak percaya je kan.. cepat betul masa berlalu. aku rindu jugak zaman diorang kanak2.. zaman aku boleh peluk and cium bila2 masa. sekarang aku seronok borak pasal benda2 yg about life dengan diorang.. macam2 lah coz aku dengan anak2 memang open although.. ada lah benda2 yang aku tak suka and i know they wont open up to me about it. yes i know ok 😉

anyway aku cuma nak cerita this weekend memang dah arrange activities for joey. he did his pre-test for driving today. kesian dia 1 full day kat imkeda cheras. lembab betul. by the time he got back dah keletihan. sampai tak de mood nak makan sushi dengan aku. akhirnya aku tapau je laksa pahang dari rumah my parents. 

ceritera start just after he finishes his dinner. aku nak practise lagu zumba.. tapi tiba2 terfikir.. ala aku dah mandi and dah pakai baju tido.. kang peluh2 kena mandi balik.. terus malas. pastu teringat nak ajak joey practise sama2..

me: joey jom practise 1 lagu dengan mama.
joey: aarghh tanak
me: jom la.. alaa lagu tu steps dia macho
joey: tanak la maa
me: hehehe 😁 jom la adik.. lagu taki taki.. sure adik tau
joey: tak tau... **sambil senyum2**
me: alaa jom la.. tu steps lelaki lah
joey: hmm ajak lah AH!
me: ehh apsal ajak dia pulak?
joey: dia kan lelaki.. kata lagu steps lelaki

🙄🙄 ishh kalau anak dah bijak sangat ni pun susah jugak. i will leave the details of conversation between us 😂🤣

few minutes later he entered my room and asked me if i can send him back to his college tomorrow. then i remembered my luggage bag is in his room. suddenly he ran out of my room and want to stop me from entering his room 😂 kelakar la adik ni.. we both were pushing each other macam training rugby.. tau la dia join rugby dulu! keras betul badan dia dah macam tolak besi aku rasa.. dia kalah bila aku geletek pinggang dia.. hahhaha 😂😂 sebab joey ni penggeli orangnya. 


No comments: