May 24, 2018

Mencari Tuhan

Seorang Ustaz ke Barber Shop untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan 1 soalan kpd si Ustaz.

BARBER: Saya nak tanya 1 soalan.

USTAZ: Ya, silakan.

BARBER: Benarkah Tuhan itu wujud?

USTAZ: Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni.

BARBER: Kalau betul Tuhan itu wujud, knp ketika manusia dlm kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dlm kesusahan di dunia ini.

USTAZ: "Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala".

BARBER: Knp Ustaz diam??

USTAZ: Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu, dan saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai.

Si tukang gunting ni pun dgn segera siapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapan Ustaz itu. Akhirnya siap.

BARBER: Ok dah siap Ustaz. Apa jawapannya Ustaz?

USTAZ: Berapa harga?

Barber: RM10 sahaja. (masih menunggu jwpn)

USTAZ: "Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata".

Setelah membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan Ustaz yg agak pelik. Tiba² Ustaz masuk kembali ke kedai tersebut dgn membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis jalanan (gambar).

USTAZ: Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dlm dunia ni??

BARBER: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting.

USTAZ: Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yg rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus.

BARBER: Dia yg tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.

USTAZ: Jadi, itulah jawapan saya utk soalan kamu tadi.

BARBER: "Terdiam seketika".

USTAZ: Manusia yg tidak mencari Tuhan, sombong dgn Tuhan. Tuhan itu sentiasa ada dgn kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti rambut yg dijaga.

BARBER: "Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Ustaz itu dlm keadaan menitis air mata".

Moral of the story, hidup kita semua bergantung pertolongan dari Allah. Jgn sesekali kamu anggap kamu boleh hidup tanpa bantuan Allah. Sebenarnya Allah tidak memerlukan manusia.
Tetapi manusia yang memerlukan Allah.

#SharingIsCaring

Note: Got this from my cousin in the whatsapp group 

No comments: