AKO Car Rental by GreenMatrix

AKO Car Rental by GreenMatrix
Need to Rent A Car/Bike/MPV? Click here. Do help me to increase followers :)

May 23, 2018

cinta fatamorgana

my current celebrity crush 😛

definition? love that does not exist becomes as though it exists. yeah thats what its all about. i watched this drama by not knowing the real understanding of the word. sounds so deep though. i got hooked with this drama since i was at home resting upon discharged from the hospital. i have never watched aeril acting and this was my 1st time. after watching a few episodes i like his selambaness and his face expressions that memang sampai kat jantung! and yes it is true what one of his fan wrote in his ig, he didnt need to be touchy to show his love towards his partner and yet as an audience, the message reached me.. i felt that they love each other in the drama. well done aeril and of course the rest of the casts. all actors and actress were good in that drama. syazuwan reminds me of my 1st boyfriend during my high school.. ahaha 😜

got to admit that this drama stresses me out too. i love the loving part of the drama but i hated the dengki mendengki part and also the part of kawin paksa / arranged marriage. its like come on laa zaman sekarang ada lagi ke arranged marriage? and with this drama nampak sangat orang melayu ni kuat dengki dengan orang busuk hati and pisau cukur pasal harta and.. kalau orang kaya kena kawin dengan orang kaya je ke?? haa kan sis dah emo 😜

i skipped episodes 19 to 24 i think.. coz it is getting too stressful for me. and only watch the last 3 episodes coz i love happy ending.. hahah 😋 so kalau you all nak tengok google je la tajuk drama ni and you can watch it online. thats what i did anyway coz the realtime of showing tu tak sesuai for me to watch and i am malas to layan all the advertisements. 

selamat menyambung ibadah puasa everyone - till my next write up. this drama ended yesterday by the way with happy ending 💋

Sinopsis Cinta Fatamorgana - originally from https://kbergetar04.blogspot.my/2018/04/drama-cinta-fatamorgana-aeril-zafrel.html

Kisah persahabatan di antara Rifqi (Aeril Zafrel), Huzair (Syazuwan Hassan) dan Wildad (Azar Azmi) Hubungan Rifqi dan Huzair sangat rapat. Rifqi sangat terhutang budi dengan Tuan Deraman (Norman Hakim) dan Puan Habibah (Linda Rafar) yang mengganggap Rifqi seperti anak mereka sendiri. Malah Rifqi turut tinggal bersama-sama keluarga Huzair setelah kematian bapanya yang telah banyak berjasa kepada keluarga Huzair.

Dalam diam, Wildad dan Rifqi saling jatuh cinta namun terhalang kerana Huzair turut menyintai Wildad. Sikap Rifqi yang lebih mementingkan perasaan Huzair berbanding Wildad membuatkan Wildad sering berkecil hati. Namun, dalam diam hati lelakinya tetap merasa cemburu apabila melihat Huzair mesra bersama Wildad tetapi perasan itu hanya dipendam Rifqi demi menjaga persahabatan mereka. Delina pula punya calon kekasih hatinya sendiri, Shakir, namun ibunya, Puan Karmila menentang perhubungan mereka. Dia mahu Delina berkahwin dengan Huzair kerana mengimpikan syarikat milik Tuan Deraman.

Suatu hari, keluarga Wildad ditimpa malang apabila mereka di buru Ahlong akibat hutang kakaknya, Wahidah. Apabila mengetahui masalah Wildad, Huzair meminta bantuan bapanya untuk menyelesaikan hutang Wildad. Wahidah juga turut diberi pekerjaan di syarikat mereka. Rifqi mengambil keputusan untuk menjarakkan diri apabila melihat Huzair dan Wildad semakin rapat. Wildad sebenarnya terluka dengan sikap Rifqi yang tidak ambil peduli tetapi dia juga tersepit dengan kebaikan Huzair yang telah banyak membantu keluarganya.

Namun, Tuan Deraman pula tidak mahu Huzair berkawan rapat dengan Wildad kerana dia mahu menjodohkan Huzair dengan Delina, anak sahabat baiknya. Tanpa pengetahuan Huzair, Tuan Deraman membuat keputusan untuk menikahkan Rifqi dan Wildad ketika Huzair ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Adakah Huzair dapat menerima orang yang dicintainya dirampas Rifqi sedangkan selama ini Wildad hanya mencintai Rifqi?

No comments: