Reminder for me. I read this from a colleague's wall whom i just added in my fb friends list. I hope and pray to be a better person, insyaAllah.
Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm, "Seorang remaja perempuan telah
meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah
bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya, wahai anakku,
khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat.
Aku telah pergi ke satu dunia, hal yg berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya
kita semua tahu akan tetapi kita mahu lakukan. Demi Allah !
Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat, jika
ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku sukai
daripada dunia dan seisinya."
🌼 Sesungguhnya remaja perempuan
itu telah berkata mengenai satu perkara yg sangat berat untuk dihadapi
(kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK
BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita
belum memasukinya)
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila
kita mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa
kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa
seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.
🌼
Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan
kewajipan 360 sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa
seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya
🌼
Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan
menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7
parit dan 70 kharif
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi
orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yg akan
memohon ampun kpd Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita
tidak menziarahi pun orang sakit
🌼 Sesungguhnya kita tahu,
barangsiapa yg menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur,
menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat
pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun
yg kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud)
🌼
Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang
burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga.
Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina
masjid
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal
dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah
atau seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg berqiam dan tidak
tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan
kita.
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca alquran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca alquran.
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah
berdirinya dia bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan manusia
tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail
sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita
pula memandang ringan akan qiamullaill.
🌼 Sesungguhnya kita
mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tetapi kita sering
menangguhkan taubat dan tidak bersungguh membuat pahala
🌼
Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yg kita hembuskan,
semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa
pahala berjumpa Allah SWT.
🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?
🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi n yang boleh memufliskan?
Berbahagialah kepada yg membacanya, faham akannya dan bersegera
mengamalkannya. Semoga Allah SWT membalas dgn sebaik balasan kpd yg
menyebarkannya........
Labels
self improvement
love
fun
relationship
joey
health
lisa
general info
parenting
friendship
religion
frustration
review
diving
sad
nuskin
customer service
hadiainstory
AKO Fitness
lifestyle
restaurant review
gratitude
hotel review
self development
FroggieRuns
weight loss
apartment therapy
personal
home improvement
apartmenttherapy
quotes
coaching
positive-vibes
complaint
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment