Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts

May 22, 2012

i received this through my BB this morning :) and sharing this with love. 

Ku menangis menangis
Menangis ku kerana rindu
Ku bersedih
Sedih ku kerana rindu
Ku berduka
Duka ku kerana rindu
Ku merana
Merana ku kerana rindu
Kekasih ku
Kerana Engkau Tuhan yang satu
Dalam hati Ku
Di bulan Rejab ini
Aku semakin kuat merindu
Tiap waktu
Semuga cinta kasih kita teguh bersatu
Setiap saat setiap waktu
Mengingati Mu
Menyebut nama Mu
Engkau Tuhan yang Satu

Ilham rasa: Lukhman S

May 14, 2012

'Penawar Kasih' buat Ibu

got this through BBM yesterday, from my abang angkat :) hehee... dah lama tak dengar term 'abang angkat' tu kan? zaman2 sekolah boleh lah... well, yeahh.. i kinda know him since i was 14 years old, when he worked with yamaha... and the friendship remains till now.. we are both busy with our own schedule... but occasionally there'll be bbm in and out.. and i find this very meaningful :) sempena Mothers' Day :)

PENAWAR KASIH

Lilin yang membakar diri
Dan sudi menerangi
Dan juga menemani
Di sebalik kabus wajah yang tersembunyi

Ada titis air mata yang membasahi
Engkau lindungi
Tabah walaupun diuji
Dengan rela hati mu

Menempuh segalanya
Apa yang engkau lakukan
Tiada paksaan
Atas rasa kasih sayang

Dan kejujuran
Itulah lambang jadi pedoman
Engkau seumpama air
Lembut dan tenang mengalir

Bisa mengalihkan gunung tegap berdiri
Malah engkau melembutkan hati
Yang dilanda duka
Dengan kata kata

Andai hati ku retak seribu
Kau cantum kembali tanpa rasa jemu
Bagaimana untuk membalasnya
Memang tak terbalas

Budi mu yang ikhlas
Hanya doa sebagai pengganti
Yang harum mewangi
Dipersada hati

DUHAI BONDA.........


Ilham rasa: Lukhman S (untuk mereka yang bergelar BONDA, IBU, MAMA,EMAK, UMI)