July 31, 2021

Adab Berkomunikasi

semenjak dua menjak ni dah macam2 kita baca, dengar, dan tonton di internet tentang cara2 orang berkomunikasi. aku sedih baca & tengok. beberapa minggu lepas tentang influencer dengan pendakwah bebas yang memang terkenal dengan aktiviti bantuan beliau. pendakwah tersebut mengambil keputusan untuk berdiam diri seketika, mengorak langkah dengan membuat laporan polis dan seterusnya membuat live untuk menjawab segala pertanyaan dan kemusyikalan netizen. dengan harapan ia akan berhenti. namun, serangan balas dilakukan dari influencer tersebut sehingga ke hari ini dengan memaparkan bahan buktinya di ig stories dan lain2 lagi. aku muak sebenarnya dengan semua ini. adakah motif untuk membongkar kisah benar atau sekadar iri hati? wallahualam.

belum habis kisah mereka berdua, keluar pula kisah warga emas yang telah diaibkan ketika sessi motivasi di pusat gelandangan oleh kononnya influencer & usahawan terkenal (tapi kenapa aku tak kenal? kalau famous, orang2 biasa macam aku patut kenal kut.. 😛). apa pun alasan dia, there is definitely NO EXCUSE to be rude to the elderly. kasihan pakcik tu, memang la beliau berkata tak ambik hati, kenapa? sebab beliau pun nak menjaga hati si usahawan tersebut, menjaga air muka dia yang sah2 dah biadap. terima kasih pakcik dengan kata2 nasihat, "bercakap dengan orang tua kena la dengan kata2 yang lembut" Allahuakbar... menangis aku mendengar. kalau itu korang masih kata pakcik tak ambik hati - korang ni yang sebenarnya tak ada hati perut!

duit boleh berkepuk2 tapi kalau tak ada adab dengan orang lain, you will lose respect from the rest of us. 

No comments: