isi hati seorang isteri

maybe sekarang ni tengah mood emo. this is not about being sensitive ke jealous ke apa. tapi sebenar2nya benda2 ni kena tahu sendiri lah kan.. kita pun dah di ajar dengan mak ayah masing2 apa batasan dalam pergaulan. aku tak mintak di jodohkan dengan omputih.. tapi alhamdulillah aku dapat jodoh dengan omputih yang sedikit sebanyak membantu dalam penyatuan sebuah keluarga. ... pergh.. ayat.. skema habis..

memang semenjak ada suami omputih ni, percampuran aku dengan golongan omputih atau mereka yang kahwin campur semakin bertambah. ini tak bermakna aku akan ikut cara mereka. cuma aku tak faham kadang2 orang kita yang terlebih sudu dari kuah. yang cuba aku nak terangkan di sini bukan pasal suami aku... tapi pasal orang2 di luar sana...

aku ni kalau keluar dengan kawan2 omputih dia, aku cuba semampu boleh untuk tidak cheek to cheek tu... aku sendiri tak suka. 

macamana aku nak bagitau suami aku sedangkan perbuatan cheek to cheek tu satu perkara biasa buat dia.. sebagai seorang isteri, korang letak la diri korang... suka ke suami korang cheek to cheek dengan perempuan lain walaupun kawan sendiri? kalau korang belum kawin pun, kalau ada boypren, sure jegir biji mata korang lagi besar kut kan??  lagi pun itu BUKAN budaya melayu.. apatah lagi Islam kalau berlainan jantina kan? takkan la aku nak kena bagitau korang.. korang kenal aku kan? kawan aku kan? nak kena bagitau jugak ke? serapat macamana pun, aku tetap rasa tak selesa cuma untuk aku bagitau tu.. hmmm sendiri mau ingat lah. ini bukan issue jealous tapi hakikatnya, perlu ke? boleh ke korang rasa buat macam tu? kalau aku bagitau dia, dia tak faham, jadi memang aku perlukan bantuan korang untuk memahami ya.

jadi aku rasa malam ni aku sangat terasa, tak tau kenapa... tapi i just had to write about it... tolong lah bantu aku untuk membantu suami aku lebih mendalami Islam dengan cara.. at least perkara2 mudah tu dulu ya...bermula dari anda... terima kasih...

Comments

Popular posts from this blog

my fitness journey

migraine is my bestfriend

tapi bukan aku