AKO Car Rental by GreenMatrix

AKO Car Rental by GreenMatrix
Need to Rent A Car/Bike/MPV? Click here. Do help me to increase followers :)

March 31, 2020

Pentingnya #STAYHOME


PUTRAJAYA: Dua minggu terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tempoh penting kerana ia akan menentukan sama ada tindakan diambil kerajaan ketika ini memberi impak seperti diharapkan atau sebaliknya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata impak itu secara tidak langsung berkait rapat dengan tingkah laku masyarakat dalam mematuhi arahan kerajaan sepanjang PKP dikuatkuasakan.


“PKP fasa kedua akan mula dikuat kuasa esok hingga 14 April ini dan beberapa kawasan juga sudah diisytiharkan sebagai lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Seperti yang dimaklumkan tempoh dua minggu akan datang adalah amat penting dan kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

“Justeru KKM mahu mengingatkan sekali lagi (orang ramai) untuk duduk di rumah dan mengamalkan etika kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan dan jarakkan diri antara satu sama lain. Sekiranya bergejala gunakan penutup hidung dan mulut,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, selepas dua minggu pelaksanaan PKP, pihaknya dapat melihat trend jumlah kes baharu yang dilaporkan setiap hari dan jumlah kes harian terus meningkat dan kadang kala mendatar.
Trend bagi pesakit yang sembuh dan dibenarkan pulang turut meningkat.
“Selain itu statistik turut menunjukkan terdapat dua kumpulan usia masyarakat paling tinggi dijangkiti COVID-19 berbanding kumpulan usia yang lain. Bagi kumpulan usia yang pertama ialah antara 26 hingga 30 tahun, dan kumpulan usia kedua pula ialah 56 hingga 60 tahun.
“Faktor kumpulan usia yang muda itu kita rasa mungkin dalam kalangan pelajar atau mereka yang baru kembali dari luar negara atau pun mereka sering keluar walaupun dalam tempoh PKP.
“Bagi kumpulan kedua, kita lihat mereka sebagai ketua keluarga yang selalu keluar untuk membeli barang dan sebagainya dan mungkin dijangkiti ketika itu,” katanya.

March 30, 2020

Aku & Tik Tok

dah dua hari aku melayan tik tok. seronok tengok orang buat. tapi kita nak buat rasa macam segan pun ada. tapi ada part2 yang aku sampai tergelak terkekek2.. sampai ada girl crush la jugak. hahaha 😆 teringin nak buat, ajak Lisa, dia tak mau... tapi dia buat dengan kengkawan boleh pulak... hmm tak pe la.. aku buat la dengan Joey.. itu pun sebab dah makan budi dengan aku... hahha 😁 cuma sekarang ni belum decide lagi nak buat yang mana. 

malam tadi tido lambat pun sebab layan tik tok kejap selepas layan netflix. sementara AH ada lagi kat rumah. lepas ni AH kerja jauh pulak. tapi tak pe, demi negara katanya. ok lah.. malas nak bebel panjang2. korang kena tengok tik tok kalau nak faham aku cerita pasal apa. aku pun dah start follow ramai ni. 

somehow nak post tik tok kat sini tak boleh.. kenapa eh?? errmm tak pe la.. korang faham kan maksud aku?


@noordinarywoman ##relationshipgoals ##couplegoals ##hadiainstory
♬ Truly Madly Deeply - Savage Garden

March 29, 2020

Our Story - #hadiainstory

hi everyone. alhamdulillah we have already tied the knot on mac 20, 2020. due to covid 19, we had to postpone our wedding reception. i started a private group on FB with the idea of sharing our moments live online. but somehow it was stopped by N4 who is worried that it might get out of hand ie gambar tersebar ke, video jadi viral sebab nikah time covid ke.. ha benda2 macam tu lah. ini pun entah macamana a picture of us dah sampai ke tangan a family friend. 

i had a very bad breakdown a few days before our solemnization. a lot of things, plans, needed to be changed. movements pun restricted. so the day before my malam berinai - which bukan la event sangat pun, i just wanted to pakai inai thats all. my mata was so bengkak. 

so anyway, to cut story short, our solemnization was attended by only 20 pax because that was the permit given by the committee at my parents' place. and the process should be done within 30 minutes. my 2 younger sisters did not come to give way to others, lisa did not come because she had to quarantine herself due to a positive case at her condo. so we had our solemnization via video call. 

anyway, ada jugak among my friends yang tanya.. senyap2 je tiba2 nak kahwin dah.. or dah kahwin dah. ye la babe, takkan nak pukul canang sebelum apa2 confirm. kan? and plus semua ni aturan Allah. jodoh pertemuan tu semua kat tangan Dia. 

again sebenarnya aku tak tahu arah mana tujuan posting aku ni. cuma just nak bagitau, aku dalam process nak update the labels on my postings to add #hadiainstory sebab kalau orang tanya since bila, yang aku tau, kitorang jumpa on in sept 2018. and we were friends dulu, most of the time we chat. and i guess - just go with the flow. i keep on thinking - takkan kut coz aku pun tak terfikir akan kahwin lagi, at this age... ihik.. 😝 but like i said, semua ni aturan Allah. Dia nak ada orang jaga aku, so aku terima, semoga ia berkekalan. 

so yeah.. lepas ni korang boleh search ikut label #hadiainstory which i also have it in my ig for that hashtag. 

Game for Kids

hari ni dah hari yang keberapa eh? tak pe lah, korang kira sendiri. i am lucky that i do not have small kids anymore. #alhamdulillah. anak dah besar2, so tak payah fikir sangat aktiviti apa nak buat. lisa has her own apartment that she prefers to be at. joey got no choice but to be back home with me. 😋 lagi pun aku lebih tenang kalau anak bujang aku ada dengan aku. at least makan dia berjaga. nak kata teratur tu tak la jugak coz he wakes up whenever he wants to wake up - so his breakfast can be during lunch time. aku pun lebih kurang dia jugak, 2 kali 5. 

so, N4 rajin to create this game for children during MCO (movement controlled order). so korang boleh lah main game ni kat rumah. at the same time, korang boleh mendisiplinkan anak2 korang and or mengajar diorang about kiraan duit, dan berjimat cermat. 

korang boleh zoom gambar kat bawah ni and start playing at home. hheheh 😀 and all the best. 


March 21, 2020

22 Feb 2020 - #hadiainstory engagement

this is the date that i got engaged. and i actually typed all this just few days after my engagement but i choose to post this after my wedding. simply because orang kata kalau bertunang tu senyap2 je dulu. yang part nikah tu boleh announce. sebabnya? kata orang, nanti akan ada yang busuk hati and try many things to stop the wedding. i know it sounds so drama but being berhati2 tak salah kan? anyway cuma another about 1 month before our wedding pun. 

tak de aturcara besar2 pun, just us kalams clan and few uncles' family as jurucakap and from AH's side his parents, his younger brother and his younger brother's parents in law. 

to tell you the truth sekarang ni mood aku tengah ke laut sebab tu lah aku choose to write my blog. at least aku boleh clearkan my mind sikit and entertain with something yang best. 

somehow since awal dah shop for the materials - untuk wedding and also for bertunang. but somehow bila baju tunang dah siap, aku tak puas hati. either i am not happy with my current body shape or the material tu lembut sangat. so aku pun resort pada my own tailor kat taman setiawangsa and she came up with a long dress for me. so yeah.. and to make it a lil bit glamorous - sebab comment yang aku terima, dress tu plain sangat. aku pun hantar to another tailor Mimyjahit kat taman sri rampai tu do the beading work on the hands. she did good job for my dress. 
2nd option baju tunang - which i planned to wear finally
my original baju tunang which i was not happy with
 so yeah those are my plans. and as always, kita merancang tapi Allah menentukan. malam sebelum tu i was too tired. i put on my power mask on my face and it was supposed to be 15 to 20 minutes and i told myself that i will get up and iron my tunang dress. but somehow, i fell asleep. by the time i woke up it was already 630am so too late lah kan nak iron segala bagai. so i just grab those 2 pairs, just in case, and drove to my parents at kemensah. 

when i arrived, my MUA belum sampai so i pun chill sikit and makan nasi lemak beberapa suap sebab nanti kalau lambat sure i kebulur kan. by around 930am MUA sampai and we got ready at the guests' room kat depan. i passed my dress to my niece kelly to iron. tak sampai beberapa minit, i could hear my niece's voice shouting my name.. suara lain macam je.. and to cut story short.. 
baju berlubang sudaahhh.. 
but i wasnt upset pun sebab benda dah jadi. sekarang ni aku kalau lah berlaku sesuatu, cuma Allah nak sampaikan sesuatu juga.so redha je lah. i just told my niece, "please go and get your mom's baby blue baju kurung that i tried last week. i will wear that one to suit the baby blue veil" kesian my niece she panicked.  
taraaa!! 
alhamdulillah the majlis went well. and i am happily engaged to AH. 😍 semoga Allah permudahkan lagi perjalanan kami seterusnya dan perhubungan ini diredhai Allah. 



 





March 1, 2020

Kisah Weekend

hari sabtu was full, and ayah message kat dalam group kalam's clan tanya,

"siapa free hantar ayah hari ni balik kg?"

alamak.. awat lah ayahanda ni suka benor last minute tau. schedule dah penuh untuk aku, N1, N3, N4 pun semua tak leh. aku fikir lagi laju2.. apa guna aku cakap nak time freedom for family kalau aku tak boleh luangkan masa untuk ayah?

"sorry ayah, hari ni dah full, tapi kalau esok ain boleh hantarkan"

alhamdulillah ayah agreed. tapi... whoops aku lupa aku ada wedding to attend. so, lepas bincang dengan mama, they are okay to go with me to the wedding before balik kampung. 

so kenapa aku busy kan? 29 Feb tu aku attend business preview. time yang sama, AH dok message2 aku sebab dia ke terenggau nak beli sampin. dengan keadaan data aku dah habis, susah aku nak menjawab and download gambar2 yang AH bagi. nasib baik la HMS sudi bagi hotspot kat aku. dah terasa macam student pulak, data habis and tak leh nak buat apa2. heheh jangan salah faham, phone aku ni asalnya atas nama company, now that i don't work with the company anymore, aku tengah dalam proses nak tukar nama. so bila data habis, aku tak leh nak request additional sebab bukan atas nama aku. gitu la ceritanya. 

AH dok message lagi and share his location. and dia nak drive balik ke kuantan. aku pun macam biasa temankan dia sebab sure dia boring drive sorang2. tau2 dah nak pukul 12 tengah malam. aku bagi tau AH aku kena mandi and buat apa2 yang patut. 

dah settle semua tu aku tengok la live AH dia kat mana. aku pelik, apsal kat gambang pulak... hmmm tak pe lagi.. tak de la syak apa2, bukan apa, memang la aku rindu tapi tak nak berharap. dah banyak kali, bukan AH je, ayah dia pun dok remind kat aku, yang aku kena faham kerjaya dia. so yeah, tengah nak faham la ni. and i think to be fair, lepas ni AH pun kena faham kerjaya aku. ada goals yang aku nak achieve tahun ni. and tak leh lah nak merajuk kalau aku balik lambat ke dll, kan. 

sekali tetiba aku check lagi, ehh kenapa pulak AH ni kat karak? bukan ke karak tu lagi dekat dengan KL? and guess what... surprise kat aku lah tu!! 😍 sebab memang aku tak expect akan jumpa AH kecuali the last week of march. 

so bila AH dah ada kat KL, dia kena la ikut my plans sebab aku memang dah ada plans asal. aku happy kut.. hilang la rasa rindu sikit. #silajanganmuntah and so, AH pun ikut la aku ke wedding, balik kampung and pergi pasar malam kat kuala selangor. dah rasa macam pergi bazaar ramadhan!