AKO Car Rental by GreenMatrix

AKO Car Rental by GreenMatrix
Need to Rent A Car/Bike/MPV? Click here. Do help me to increase followers :)

September 21, 2018

tenggol here i come (Part 2)

15th Sept 2018: 

woke up extra early today to prepare breakfast for the boys. aku keluar bilik jer tengok 4 boys bergelimpangan kat ruang tamu depan tv, and i had to go really near to check mana satu joey ni.. hahaha ๐Ÿคฃkang salah cium anak orang pulak! 

paling senang to prepare, buat scramble eggs and rebus sausages, letak sebuku roti and the butter, peanut butter, jam etc on the table for the boys to choose. milo kena buat sendiri la ye nak, nanti sejuk pulak and semut la ni banyak kat rumah - sakit hati betul. 

when everything done, aku pun tarik la bag macam akademi fantasia tersingkir keluar rumah. ๐Ÿคฃ dah puas cium2 mischa.. 

patut janji sampai 10am kat out check point tapi since LS pun jauh lagi so aku pun singgah aeonbig kejap cari barang. end up tak jumpa apa2 pun. and google map telah menyebabkan aku lambat sampai nak dekat 20 minutes or more. ke aku yang tak pandai nak baca/ikut map. ๐Ÿคฃ selepas pusing2 akhiranya akhirnya jumpa jugak rumah KR yang sebenarnya tak susah mana pun nak jumpa..mengong tul. so aku pun park la hareth depan rumah KR and all of us jump into 1 car. seronok jugak bila start kenal orang2 baru. 

kitorang stop kat kedai makan tengahari makan ikan patin. agak kurang menyengat lauk tu but alhamdulillah kenyang jer. and lepas makan tengahari we all stop pulak kat kopi hai peng kat kuantan yang memang port orang akan stop minum kopi kat situ. maka sessi bergambar berterusan kat tengah2 jalan!

dalam kereta siap ada sessi karaoke lagi and si LS bawak her gold microphone. but malangnya tiap kali aku pegang mic, aku lupa lirik lagu.. hahaha ๐Ÿคฃ aku tak leh la pulak nak nyanyi macam tu. sebelum teruskan the journey we stopped somewhere yang ada Petronas and sebelah dia ada TMC i think for solat, and aku nak jugak cari pouch bag untuk aku letak hp, senang aku nak track steps aku.

by lebih kurang 7pm kitorang pun sampai kat permata resort tempat kitorang akan tido for that 2 nights trip. dah cukup selesa buat kitorang and the connecting room memang best and senang for us to communicate.

lepas bawak barang2 dalam bilik, freshen up, mandi, solat maghrib & isya' terus and kitorang pun gerak ke scuba network dive centre. we were quiet quite early kut tengok macam tak ramai orang je. masa mula2 sampai kat dive centre (dc), aku cuak gak.. suspen tengok masing2 memang macam pro and experienced diver je. aku pun kita kira experienced gak kalau ikut berapa tahun aku dive since 2008 kut but diving ni ko kena pergi selalu and you will be better and comfortable dalam keadaan kat dasar laut tu. haa.. ehh aku bebel pulak.. heh.. but betul lah apa aku cakap. aku ni nama jer dah 10 tahun pegang lesen tapi dive log aku tak cukup 100 pun.. dah tu target 1 atau 2 trips je per year.. memang lah kan ๐Ÿ˜‹

tengah2 register tu usha gak kowt2 nampak pandangan2 yang menarik ke.. ye lah kan... kata pi go out and make new friends ๐Ÿ˜‹so thats what i am doing la. and when i saw him .. there is something about him that catches my attention. seperti ada sesuatu je vibes yang aku terima ni... cheyywahh.. ๐Ÿคฃ alaaa kasi chan la buat halua mata and semangat untuk weekend tu kan... aku tak tau la korang nak kata aku perasan ke apa but the time that aku pandang dia, dia tengah tengok kat kitorang.. ye lah, aku kata kitorang sebab we all duduk in a group.. kang kata aku di timpa perasaan pulak. dia pun satu group gak dengan gang2 dia. but it was cool la malam tu. 

aku rasa malas pulak nak cerita pasal makan.. hahhaha tapi ok lah malam tu aku makan kat tepi mana tah ada gerai and disebabkan dah terlalu lewat, aku share je nasi goreng yang sedap dgn LS.. tak leh kenyang sangat kang esok wet suit tak leh muat.. naya je!

okay, ready for next posting? stay tuned...  dah terasa macam tulis novel pulak aku ni.. ada kisah2 dalam hati ada taman whoaa... ๐Ÿ˜‹
all set to go
photo cr: AH ๐Ÿ˜‹
tempat kitorang makan ikan patin tapi nama restoran dah lupa

gang kaca mata hitam katanya


ala ala macam kat jepun tak? kakakakak ๐Ÿ˜‚

haa lepas subuh kitorang kuar dahh

No comments: