Jalur Gemilang berukuran 15.9 meter panjang dan 9 meter menegak itu berjaya dikibarkan pada kedalaman 12 meter serta disahkan secara rasmi sebagai rekod baharu oleh Pengurus Pejabat Malaysia Book of Records Sdn. Bhd, Lee Pooi Leng.
Menurut Pooi Leng, proses menurun serta mengibarkan Jalur Gemilang itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan selesai dilakukan dalam masa tidak sampai satu jam dengan para penyelam begitu teruja merakamkan gambar masing-masing di dasar laut.
“Ini satu kejayaan dan pihak kami berbangga dengan semangat ditunjukkan oleh para penyelam skuba yang secara langsung menjadi sejarah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Program mengibarkan Jalur Gemilang terbesar itu mendapat kerjasama daripada pihak pe­nganjur Scuba Netword Tenggol, kumpulan penyelam Kalkatudivers, Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Taman Laut dan pihak berkuasa tempatan.
Sementara itu, Pengarah Urusan Scuba Network Tenggol, Ahmad Kamarul Azman Kamaluddin berkata, perancangan untuk mengibarkan Jalur Gemilang itu telah dilakukan sejak beberapa bulan lalu.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

This article taken from Utusan Online... wanna know my experience and challenges for this trip? Do come back for a new posting...! Proud to be a participant in this memorable event! 

yes, we did it!