AKO Car Rental by GreenMatrix

AKO Car Rental by GreenMatrix
Need to Rent A Car/Bike/MPV? Click here. Do help me to increase followers :)

August 17, 2018

doa saya untuk anda

Read this (what Dr Ilyani posted in her FB page) 👇 and she has very good points. Memang zaman sekarang ni banyak sangat benda2 yang berlaku depan mata and kadang2 kita pilih untuk terus berdiam diri. and in my blog, i speak for myself, bukan aku tak ada orang2 yang aku kenal macam ni, golongan LGBT. lagi2 sekarang kat industri yang aku ceburi ni, makin ramai pulak lelaki2 yang tak straight... dah la masing2 muka hensem, aku rasa wasted sangat. diorang ni influence bagus untuk para member dengan cara hidup sihat via fitness tapi part bila tak straight tu, adeh laa.. 😅memang aku tak setuju and kesal dengan apa benda yang diorang decide dalam hidup diorang. walau apa pun alasan diorang nak kata pun, yang salah tetap salah di sisi agama. aku cuma boleh doa supaya setiap ahli keluarga aku di lindungi oleh Allah swt supaya menjaga diri and dijauhi dengan perkara2 sedemikian and untuk kenalan2 aku tu supaya Allah ubah hati diorang. 

pada orang2 yang aku kenal, korang semua tau dosa pahala kan, benda2 yang boleh di elakkan, elakkan lah. kadang2 korang akan salahkan rasa hatilah, apa lah tapi semua tu aku rasa bisikan syaitan. entah lah.. masih belum terlambat untuk berubah. 



Kehadapan Cik Puan Marina bt Mahathir, 

1) Saya adalah seorang doktor perubatan dan saya tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas apatah lagi songsang.

2) Adakah anda bersetuju kini golongan yang mendominasi carta penghidap HIV adalah di kalangan komuniti LGBT?

3) Sehingga kini, walaupun pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari kalangan LGBT, saya tetap melayan mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan yang terbaik buat mereka. Apatah lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka, hak apakah yang anda sedang perjuangkan?

4) Adakah Cik bersetuju jika ada darah yang didermakan oleh golongan LGBT didermakan kepada salah seorang ahli keluarga Cik? (Buat masa sekarang penganut LGBT tidak dibenarkan mendermakan darah disebabkan gaya hidup yang berisiko tinggi). Adakah itu kesamarataan yang Cik mahukan? 

5) Jika kalian melaungkan hak, maka kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta bebas dari gaya hidup songsang dan segala penyakit bawaannya.

6) Akan tetapi, jika kalian mula mempromosi gaya hidup sebegini di media, kalian sudah mula mengganggu gugat keamanan & ketenteraman kehidupan kami untuk mendapat akses yang murni di media-media. 

7) Kami juga punya hak untuk memastikan pemikiran anak-anak kami dan sanak saudara kami agar terselamat daripada terjerumus ke dalam pemikiran & perbuatan songsang ini. Na'uzubillah. 

8 ) Akhirnya, jika kalian rasa itu bukan satu dosa dan itu adalah hak peribadi, maka buatlah tapi pastikan kalian bukan berada di bumi Tuhan! 

Nur Ilyani Mohamed Nawawi
Pasir Mas
6/8/2018

#NormalisasiDosa #NoLGBTIQ
#ShareIfYouCare

P/s: Posting asal dari fb Nur Ilyani Mohamed Nawawi telah di delete malam tadi (6/8/2018) oleh facebook berkemungkinan telah direport oleh puak puak LGBT. 

P/s: Copy paste banyak banyak di seluruh media sosial dan juga ke whatsapp jika anda tak mahu anak anak kecil anda dan orang yang anda sayang dijangkiti HIV.

1 comment:

naturstory.com said...

sepatutnya perjuangkan untuk cegah kenapa mereka terjebat