AKO Car Rental by GreenMatrix

AKO Car Rental by GreenMatrix
Need to Rent A Car/Bike/MPV? Click here. Do help me to increase followers :)

April 28, 2018

Avengers - Infinity War

i am a fan of all these superheroes.. marvel or dc, i like both i guess. honestly i might just get confuse with those two. kalau borak dengan joey sure aku kena marah/bebel dengan dia. joey ni kurang sabar sikit. kalau tanya lebih2 pun nanti dia marah. tapi aku selalu gelakkan dia jer. hehehe 😀 tu la satu2nya buah hati pengarang jantung aku - sorang2nya anak teruna. masalahnya.. well bukan la masalah sebenarnya tapi cabaran, dia ni banyak ikut rentak aku masa muda. so aku kena banyak la bersabar... macam tu la agaknya mama dengan ayah aku dulu. bezanya dulu adalah mama dengan ayah... sekarang ni, aku sorang je layan kerenah si joey tu. apa2 aku kena fikir sendiri.. nak discuss pun nak discuss dengan siapa? kann.. anyway, dah melalut posting aku ni. sebenarnya aku nak tulis pasal avengers. 
as soon as tau movie ni keluar, joey dah tanya, "mama bila kita nak pergi tengok" si joey ni aku kena book awal2... itu pun dah ada kawan2 dia ajak dia pi tengok.. aku dah bagi dia 'the dagger look!'  and there are certain movies yang aku akan pergi tengok kat gold class sebab aku nak dia punya sound effect and keselesaan sambil menonton the movie. believe it or not.. belum pun keluar movie tu, semua dah fully booked. and aku pulak kena suit kan dengan jadual kelas2 aku. end up aku dapat hari jumaat kat pavillion 27 april 2018 pukul 11.40pm. alhamdulillah. 

kesimpulannya memang cerita tu best sebab aku suka fighting scenes dia. in between tu memang la diorang melawak. but bila ramai superheros bergabung, tiba2 aku rasa dunia ni selamat jer... cheywah.. hahaha 😁 tapi betul lah macam joey cakap, takat ironman tu dah tak de apa yang luarbiasa dari biasa sebab dia memang power and brilliant. yang lain dia kata thor, lenmacam kali ni. errr.. eh, ni review aku ke review joey sebenarnya? 😋

aku memang ternanti2 watak captain america. and this time, his appearance memang lain with his beard and all. nampak matang and not as blur as before. baju dia pun smart je. kalau dapat peluang tengok kali kedua aku ok je kut. tapi rasa macam nak gi gold class jugak lah... ngada tak? aku nak la sandar2 kat recliner tu.. hehehehe 😜 and bila sampai kat wakanda tu macam tak sangka negara tu macam dahsyat betul teknologi diorang. memang kagum lah. errmm ok aku tak boleh nak cerita lebih2.. nanti orang marah. 

oh ya, aku cadang nak pakai baju captain america. pastu nak beli tak de design yang aku suka, so aku pun pakai lah tshirt joey yang lisa belikan. hehhe tapi yang best, semalam joey balik kerja dia belikan aku tshirt captain america!! yahuuuu... alhamdulillah



No comments: