jenis dengki manusia

aku sajer je compile semua ni sebab aku bosan. ada gak lah setengah2 insiden tu terkena batang hidup sendiri, tu yg terasa nak merapu kat sini.

dengki kedai rambut: kita biasa dgn kedai rambut A, lepas tu pi potong rambut kat kedai rambut B. bila pergi balik kedai rambut A, dia wash and blow rambut macam tah apa-apa pesennya. alasan dia, kalau dia potong rambut kita, dia takkan potong style macam tu.. supaya rambut kita lebih kemas lah tak kembang lah, tak frizzy lah dan lain-lain lagi. padahal kalau pergi kedai rambut C yang kita tak pernah pergi, dia blow rambut kita yang hasil potongan kedai rambut B tu ok jer... hehehe :D sebab apa? sebab... dia sort of tak hilang kita as customer.

dengki peniaga gerai: kalau gerai melekat sebelah-sebelah, tak boleh duduk kat meja kita kalau tak order dengan kita. err tapi logik la jugak kan.. kalau asyik dok kat meja kita tapi order dari gerai sebelah, apa hal? :P

dengki berniaga industri yang sama: haaa... yang ni, aku maleh nak cakap/type terang2... korang sendiri paham2 sudah lah ye.. :P kita buat event, mintak tolong dia tolong war2kan, dia cakap ok ok, tapi buat dek jer... dalam pada tu, senyap2 dia usha gak samada event kita tu berjaya atau tidak. agak nama nak support join kita, tak yah harap lah... tapi bila depan2 cakap maha lembut budi pekerti. lagi satu, setengah2 orang sanggup ambik customer orang lain belakang2.. ha yang ni memang kena banyak berhati2... macam2 cara orang nak hidup sekarang ni.

sekian terima kasih... kalau ada lagi nak sambung jenis2 dengki.. sambung la :D hehehe :D

Comments

Popular posts from this blog

Tombiruo

bla bla bla

sunyi