blog yang lemau

sekarang tengah musim lemau untuk ber blogging... masih musim raya kut. kalau aku blogwalking pun.. semua yang dalam list aku tak banyak updates. selalu kalau aku baca, dapat lah dalm lebih 20 blogs yang updated... tapi macam hari ni.. dalam 10 blogs je kut. yang lain2 semua cerita lama.

untuk aku memblog pun agak lemau. keadaan kesihatan yang belum pulih sepenuhnya ni memang dah start membosankan. aku nak active macam sediakala... dah lebih seminggu kut.. nak complaint banyak2... ini lah habuan aku sebenarnya... kan dah kata, untuk hapuskan dosa2 kecik. :P tapi bila orang tanya aku sihat ke, kena lah jugak aku jawab aku sihat.. hehehe :D malas nak citer dengan orang. 

semua orang pun masih mood raya kut? untuk aku, aku kehilangan salah sorang dari nenek saudara aku... adik bongsu arwah nenek aku.. al-fatihah untuk nenek aminah. 

kalau orang2 yang rajin mengikuti perkembangan facebook aku ataupun blog aku, rasanya they can feel the suramness.. aku tak berkobar2 untuk buat kad raya kali ni... aku tak print and hantar pun... hmmm memang lemau tahap kronik.. 

dah la.. mata dah tinggal separuh nih... muka dah monyok... cuba bagi bantal kat aku.. sure aku lah orang yang sanat berterima kasih kat ko :p yeeehaaaa

Comments

Popular posts from this blog

Tombiruo

bla bla bla

sunyi