lunyai di bulan poser


sebenarnya benda ni biasa untuk orang2 berpuasa. tapi nak jugak aku post kat blog aku ni. sajer.. sebab sejuk... yeup.. kalau bulan poser ni sejuk lebih sebab kita tak makan kan... so tak de menda yang memperhangatkan badan kita, kut :p so korang imagine la.. orang2 yang tak de makanan tu... agaknya gini la depa rasa kan... lemah, sejuk, tak bermaya.. lepas tu sakit kepala... hmmm aku sakit kepala semalam teruk... memang tangkap migraine lah... solat maghrib dgn isya' pun rasa melayang.. last2 lepas isya' aku give up tak solat terawikh and baring kat katil parents aku sementara tunggu anak2 aku. 

kepala berdenyut2 rasa macam nak tersembul mata aku... aku pun teringat kat kawan office aku din yang masih terlantar kat hospital sebab stroke.. aduhaiii... apalah perasaan dia sekarang kan... kesian dia.. kejap2 aku terlelap... lepas tu datang pulak 2 lil rascal dok melompat kat katil parents aku ni haihhh... depa dah bully joey tadi sebelum isya'... habis di covernya joey dengan kusyen2 lepas di hempapnya, boleh? hahaha :D tempat kitorang solat dah jadi macam medan perang dah... lepas tu masuk isya' sibuk nak ikut solat... ada lah 15 saat kut... pastu hilang dah telekung masing2. hehhe memang best tengok kerenah kekanak 2 orang nih... si zharee yang naughty.. kakak maira dah okay sikit... dia dah tau mana baik mana idak. 
tengok betapa happynya depa hempap abg joey depa... si imran dah jadi dugong kat sofa tu!
haaa ni dah get ready for solat isya' pulak :D heheeh :D
hmm ok lah ye... sekarang ni perut dah rasa macam lapar... hehehe :D apa nak buat tengahari nanti eh?? hmmmm

Comments

Popular posts from this blog

bla bla bla

sunyi

Tombiruo