AKO Car Rental by GreenMatrix

AKO Car Rental by GreenMatrix
Need to Rent A Car/Bike/MPV? Click here. Do help me to increase followers :)

July 29, 2013

insurance yang tidak membantu

sat lagi ramai lah agen insurance yang akan melenting lepas baca posting aku hari ni. setakat waktu ni, aku dengan kaiser dah tak tahu nak buat macamana. sangat complicated rasanya. cubalah kalau budak yang mengakibatkan accident tu bayar je kos repair motor kaiser & cermin mata dia yang pecah tu, kan dah settle dunia akhirat (kut). 

lepas accident haritu, we had to wait for 2 weeks for the report untuk keluar - keputusan kes, katanya. lepas tu bila baca report yang budak tu buat, memang meremang bulu roma lah... sangat memutar belit rasanya. ada ke dia kata kaiser brek tiba2 and jatuh belakang kereta dia? agak2, kalau dia tak menonong and berhenti kat simpang tu, ada ke kaiser akan brek saje2? hal ni ada jugak aku whatsapp kat kenalan aku sorang polis, dan masa tu memang aku bengang. last2 polis tu kata aku sidekan kaiser dan aku tak ada kat tempat kejadian jadi aku tak boleh bising2??!! tak apa lah kalau dia kata macam tu kat aku... esok lusa kalau ditakdirkan benda yang sama jadi kat orang yang dia sayang, aku nak tengok, dia backing tak orang yang dia sayang tu. aku pasti kaiser tak brek saje2 dan buat drift.. gila haper??? yang nyatanya budak tu cuai, tak berhenti kat tempat yang sepatutnya. nasib dia baik lah kereta dia tak cedera kan.. 

so sekarang katanya motor kaiser kena dok kat workshop 3 bulan?? habis macamana kaiser nak gi kerja? memang lah dia ada kereta tapi dia pergi kerja kena naik motor sebab lagi cepat nak pergi dari satu kelas ke satu kelas. dah la tu tak ada replacement untuk dia bawak pergi kerja. orang yang nak tolong uruskan insurance tu tak de that service katanya. adoyaiii... memang letih la macam ni. 

budak yang mengakibatkan accident tu pulak dengan tenangnya cakap, "saya tak akan bayar satu sen pun" nak marah2 pun buat habis air liur jer. *sigh* entah lah... buntu.

cuba cerita sikit, tang mana yang insurance membantu?? itu pun mangsa kena bayar dulu... dibuatnya insurance belah sana tak mau bayar?? hmm nganga je lah??

No comments: