Read in your language

Followers

kerenah org ke gym #3

by - March 19, 2013

dah berapa hari aku terpikir dah lama tak tulis pasal kerenah orang pi gym kan. dah tak de yang lain dari yang lain, so tak de la topik pasal tu :) tapi semalam ada.. heh heh.. tak la banyak mana pun. sekarang class kat main studio dah start lambat, pukul 630pm. so, tak de lah kelam kabut settle kerja sangat, nak solat lagi segala bagai. ehh.. kenapa aku tulis dalam bahasa ni yehh? :o :p
anyway, semalam aku tukar baju.. satu benda la kat gym ni.. aku tak tau la gym lain, sebab ini 1st time aku join gym besar macam ni. dalam changing room tu kan ada locker2.. pastu minah2 yang pi gym ni nak tukar baju.. pastu terkepot kepot kat tepi locker tu.. nak strip off, malu kut.. tapi nak tukar baju kat situ.. cuba macam aku, pi masuk shower room tu, tukar baju. kan senang. selalu aku buat macam tu... dah settle tukar baju baru pakai kasut depan locker. tak de la menyusahkan orang di sekeliling. 

semalam aku dah siap tukar baju, aku sedar ada sorang minah ni dok perhati aku. mula2 aku buat dek. tapi bila aku pi ke arah cermin besar kat the other side, she was actually teleng kepala dia dok intai aku. nak je aku sound, "ko apa hal? ada hutang dengan aku ke?" kalau pandang senyum tak apa lah jugak.. tapi ni macam orang prak! haishh....

tapi apa2 pun, aku seronok join hip hop class sekarang :) 

You May Also Like

4 comments