Kelebihan Air Sembahyang

Assalamualaikum

Kelebihan Air Sembahyang Atau Wuduk (moga menjadi pedoman)

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

  • Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
  • Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? 
  • Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
source: koleksi ustaz don - fb

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Comments

hi..........
Very interesting blog.I enjoyed a lot for reading all the stories.really its great.
thanks for sharing .
thanks.
Ein said…
Hi Natural Deodorant,

Wow.. what a name? :) hehehe :D you are most welcome, sharing is caring.. and i am learning everyday..hope you will get something to learn too thru my blog.

Whats your blog add, so that i can pay you a visit? :)

come again..

thanks for dropping by and dropping a comment :)

-AKO
Queen of hearts said…
Thank you Ein. Usually I'd just say Bismillah...except for the niat wudu' before washing my face. Good info! :D

Popular posts from this blog

my fitness journey

migraine is my bestfriend

moving mirror