AKO Car Rental by GreenMatrix

AKO Car Rental by GreenMatrix
Need to Rent A Car/Bike/MPV? Click here. Do help me to increase followers :)

May 29, 2011

bila mama sedih

mama sedih lagi malam ni. mama sedih walaupun bila mama nak tulis semua ni. mama tau, kakak dah semakin besar. mama mula menaip ni pun air mata mama dah bergenang... tapi mama kena taip jugak supaya mama rasa lebih lega. mama cuma ada kakak dengan adik.. sekarang, mama masih boleh manja2 dengan adik. adik masih nak layan mama bila kakak tak nak layan mama. atau mama tau bukak kakak sengaja tak nak layan mama, tapi kakak tengah sibuk di awang-awangan. kakak tengah seronok dengan kawan2. mama cuma rindu masa mama masih boleh borak2 dengan kakak. dan sekarang air mata mama mengalir lagi.

hari tu mama sedih bila kakak lebih percaya apa orang lain kata daripada dengar dari mulut mama. tapi itu hal lain, hal tu dah berlalu. kakak dah tanya mama dan mama pun dah jelaskan. tapi dari riak muka kakak, mama tau kakak masih tak puas hati. mama faham sekarang kakak rasa mama tak faham apa perasaan kakak. kakak rasa mama cuba nak halang apa2 yang kakak nak buat. tapi kakak juga kena faham, bukan semua yang kakak buat tu betul. memang tugas mama untuk bagitahu apa yang betul dan apa yang salah. mama cakap semua tu sebab mama sayang dengan kakak. mama tak nak kakak buat silap.malam tu bila kakak marah2 mama, mama sedih sangat. mama turun bawah dan nangis. papa tertanya2 kenapa mama nangis. mama tak boleh nak cerita sebab mama sedih sangat2. papa terus ambik bantal kecik suruh mama baring dekat dengan papa kat sofa dan papa peluk mama. walaupun papa bukan orang melayu, tapi papa pun risau dengan perubahan kakak. papa pun rindu dengan kakak yang dulu. yang ceria dan manja dengan papa.

selepas hari itu, sedih mama masih ada lagi. mama tak pandai nak berlakon. bila mama tegur kakak, kadang2 kakak rasa macam semua yang kakak buat tak betul. bukan macam tu maksud mama. kadang2 mama diam aja.. mama fikir macam2. bila mama sedih, adik rajin layan mama. tapi kadang2 adik pun merajuk jugak sebab bila adik cakap dengan mama, mama macam tak dengar. bukan mama tak dengar, kadang2 adik suka cakap tak bukak mulut.. hehehe :D mama tak faham :P

dan tadi papa ajak keluar makan. walaupun mama dah masak dan semua orang dah makan :P papa masih tak kenyang.. hehehe :D adik masih melekat kat depan tv. mula2 mama ingat papa ajak makan dekat kedai makan yang biasa kita pergi, tapi bila papa kata nak pergi kedai makan yang ada pasta sedap tu, mama rasa, anak2 mesti nak ikut. mama ajak adik.. adik kata okay.. mama ajak kakak, kakak tak nak pergi. mama sedih lagi. sekarang kalau nak keluar sama2 satu keluarga, kakak lebih suka tak ikut. kalau kakak ikut pun, kakak lebih sibuk dengan telefon dari betul2 berada bersama2 dengan kami. mama merajuk lagi malam ni. masa mama keluar rumah, mama tak rasa nak tengok muka kakak sebab mama sedih sangat.

sebelum balik rumah, mama beli roti sebab mama tau esok kawan2 kakak nak datang rumah. hmmm mama kena masak makan tengahari lebih sikit.. bila mama balik tadi, mama tengok lampu bilik kakak masih terang, tapi mama tak masuk pun. mama lepak dulu kat bilik... tak lama lepas tu baru mama masuk bilik kakak. kakak dah tidur... mula2 mama nak masih merajuk, mama tak nak cium kakak macam biasa. tapi... tak boleh. mama tak boleh tidur tanpa cium anak2 mama terlebih dulu.. jadi, mama masuk jugak bilik kakak dan cium kakak banyak kali - sebab mama rindu dengan kakak. esok pagi mama akan buatkan pancake yang kakak minta haritu.

lepas tu mama masuk bilik adik pulak. :) adik masih tidur2 ayam.. sebab adik belum solat isya'. mesti tak boleh tidur lena :) mama pun peluk adik. dan kacau adik lagi. tak lama lepas tu, adik bangun tukar baju tidur dan solat isya'. adik baru masuk bilik balik lepas jenguk mama taip ni semua :)

No comments: