ibarat melepaskan buaya tersepit

itu yang aku rasa sekarang. kadang2 hati ini terluka. kadang2 hati ni tercalar. tapi, 'apa aku kisah?' bak kata seseorang.... atau bak kata orang yang cukup kurang ajar. orang yang tiada berhati perut. atau memang berhati batu? masih ada kah kesabaran dalam diri ini? masih ada kah perasan berserah itu pada Allah swt? masih kuat kah iman ini, Ya Allah?? dan aku mengeluh lagi... menarik nafas yang cukup panjang... memang hanya Allah swt yang tahu. orang lain hanya menokok tambah luka yang sedia ada. menambah kepedihan yang semakin menyucuk2. sesungguhnya perasaan kekesalan itu semakin menghampiri. namun ku pujuk hati ini. bahawasanya tiada kekesalan dalam sepanjang meniti kehidupan. semua itu cuma dugaan Allah swt terhadap hambaNya. yang sememangnya Dia tahu hamba Nya itu mampu mengatasi segalanya atas keredhaanNya. sekali sekala terlepas jua dari bibir ku. mengalir juga air jernih dari kelopak mata ku. namun, aku harus kuat. aku pasti kuat. dan aku akan dapat mengatasi dugaan ini. dan kejayaan itu pasti menemui aku. aku yang tidak pernah kenal arti putus asa... aku yang semakin kental.

11.44pm ein is signing off

Comments

Popular posts from this blog

bla bla bla

sunyi

Tombiruo