AKO Car Rental by GreenMatrix

AKO Car Rental by GreenMatrix
Need to Rent A Car/Bike/MPV? Click here. Do help me to increase followers :)

April 24, 2009

Perjalanan aku....

tiba-tiba aku terasa nak mengomel dalam bahasa melayu pulak. tiba-tiba aku terasa ala-ala men-drama pulak. terjiwang? tak jugak... cuma tiba-tiba idea ni datang, dalam kepala hotak aku yang dah cukup sempit.. tapi masih ada ruang untuk bernafas :)

alhamdulillah, aku di kurniakan 2 orang anak yang sangat sangat aku cintai... dan aku pasti mereka akan menjadi orang2 yang berjaya suatu hari nanti. kenapa aku emo tiba-tiba? entahh... hanya Kau yang tahu apa yang di dalam benak hati aku nie.

alhamdulillah aku selamat mendirikan rumahtangga dengan seseorang yang baik hati nya... menyayangi anak2 aku seperti anak nya sendiri, walaupun dia masih takut untuk menegur. aku tak salah kan dia. anak2 aku yang sangat sensitif, lebih-lebih lagi yang bongsu... memang anak mama.. :* dan yang penting dia menyayangi aku... kadang kala aku masih terasa tertanya-tanya... lisa sering kali meyakin kan aku. lisa lebih yakin dari aku rupanya... aku masih menyimpan sebahagian dari rasa berhati-hati.

dan tiba-tiba aku terasa, perjalanan aku masih jauh sebenarnya. mampu kah aku membimbing dia? dan aku tahu ini satu tanggungjawab yang tinggi buat aku. berat untuk aku tanggung. setiap kali selepas solat, aku tidak akan lupa untuk mendoakannya. dan ya Allah, hanya pada Kau aku mampu meminta... kerana hanya Kau yang mampu memberikan pada hambaMu ini... dan aku tidak akan berhenti berdoa...

No comments: