Skip to main content

Follow me on FB or like my FB akofitness720

istidraj

got this in my inbox today...

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj.Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Comments

Popular posts from this blog

Pops Eatery Wangsa Maju - my personal review

today was the first time that i did my groceries shopping online. i am a happy mom, wife.. etc.. hahaha :D then lisa said she was hungry and she feels like eating at Pops. we asked joey if he wants to come along.. and as usual, his first choice would be his anime. :p anyway, it was supposed to be my early dinner but i failed miserably... i had half portion of chinese fried rice. okay, here's my review about the restaurant. lisa has been promoting this place to me for a long time. date of visit: 24 Jan 2015location: PoP's Eatery, Lot 28055, Jalan Wangsa Delima, Pusat Bandar Wangsa Maju, Seksyen 5, Wangsa Maju. Tel: 03-4144 3162place & decor: simple and nice looks cosy for lepakking. cleanliness: 9 out of 10. restaurant service: efficient, quite fast. maybe because we were the only customer at that time. we noticed that they have too many workers. they could cut down into half to cut cost :p #justsayingfood: food was yummy... it exceeds my expectation... price: we are okay w…

me ~ iron lady :P

i have been thinking about it for many many years.. when i was much younger.. when i told my mom to have it on, my mom would say, "tak payah cantik2, nanti lupa diri" ... and i remembered that until now.. and i am already a mom. i guess the situation is different now.. i would just say that, "it's expensive sayang.. " which is much easier to swallow :) well anyway... today, i became the iron lady!! hahaha :D LOL... errmm i am also know as 'rimau' in the office so.. what the heck lah.. :P
after talking to lisa... her opinion was i better have it on when she still has hers on... she has 1 more year to go.. :) so somehow last week, i was at the dentist to send joey. to pull out his tooth.. and when we reached there, lisa was supposed to have her appointment.. i took the opportunity to ask more about having braces :) and that saturday, the doct made a .. what was that called aaa... mold of my teeth pattern.. and so, from there, i decided that i am gonna do i…

astro - reconnection

i am typing this post to share with you if, in future you face the same situation like me. i am known as payer for my parents.. hehehe :D simply because i use maybank2u for most of my transactions. it saves time... blah.. blah... not getting paid promoting maybank here! :p anyway, since joey is still on medical leave, he stays at my parents' place. he called me up to ask if my mom has paid the astro bill or not. obviously, not :p since the service has been disconnected!
so as usual, i will do the paying for my mom.. and i need to reconnect the service. normally i would call astro's 1300 number :) but today i learned something new. 
before you your proceed with the steps below, of course you need to make payment, if not, don't waste your time sms-ing :p
Step 1: Use your handphone/mobile phone or what ever you call it.

Step 2: Text message, write the following details.

ASTRO_space_RCO_space_ACCOUNT NO._space_DATE OF PAYMENT (ddmmyyyy)_space_AMOUNT PAID

(Example: ASTRO RCO 0…